Sunday, 23 December 2012

TAKZIAH,ALLAH LEBIH SAYANG IBU AWAK

dah pukul 2.30 pagi. dan seperti bisa,  azwa yang sedang menaip ni.tika azwa sedang menaip entry ini, pemilik blog ni *fithri* sedang berduka atas pemergian bondanya yang tersayang. Pn.nazar. yaa,se ingat azwa nama arwah ibu dia puan nazar. dan azwa tak pasti apa perasaan dia sekarang ni, wa cuma boleh suruh dia tabah, tapi wa sendiri tak lalui apa yang dia tengah lalui sekarang. wa harap dia tabah. wa harap kepada sesapa yang tengah baca entry ni, mari la kita sama sama sedekahkan al Faihah n bacaan Yaa sinn untuk arwah ibu fithri. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

dalam pukul 9 ke 10 pagi tadi, wa dapat call dari biskut kecik *kecik*, kecik bagitau yang ibu joe dah tak ada. wa terkejut jugak. baru semalam adik dia im wa cakap mak dia tengah tenat. wa pulak tak tahu cmna nak contact dia semalam. kecik cakap mungkin joe tak dapat balik dari singapore. tapi wa yakin dia tetap akan balik cuma cepat atau lambat je. dalam pukul 1. fithri call azwa, dia cakap dia dah sampai joho. azwa sebak cakap ngan dia. cuma boleh berharap sangat dia dapat jumpa ibu dia.

Azwa tak dapat pegi ziarah ibu fithri. cuma mampu sedekahkan bacaan Yaa siinnn untuk arwah dari jauh.
tadi wa text kecik, tanya cmna keadaan fithri. kecik cakap dia tak sempat jumpa ibu dia Ya Allah, tabahkan lah hati dia dalam hadapi ujian ni. wa tak sanggup nak tengok dia bersedih cmni. tak sanggup tengok dia lemah macam ni. wa harap ibu dia mengampunkan segala salah silap yg fithri  dah penah buat. wa harap fithri dapat truskan hidup sepperti biasa walaupun kehilangan insan yang dia sayang.

walaupun, wa tak sempat menngenali ibu fithri, tapi wa harap.. wa sempat kenal dengan sedara-sedara dia yang lain, insan2 yang rapat dengan dia. wa nak jadi sebahagian dari hidup dia. wa harap arwah ibu restu hubungan kami. tak sampai hajat nak bertemu ibu awak. Allah lebih sayangkan ibu awak. hari ni ibu awak di jemput Ilahi, entah esok atau lusa turn kita pulak. kita yang hidup ni laa kena perbanyakkan ibadat and berdoa kesejahteraan untuk insan yang dah di jemput Allah. semoga rohnya tenang di sana.

wa lahirkan entry ini, bukanlah sengaja nak bagi fithri bertambah sedih, wa cuma nak dia tabah dan kuat. wa cuma lahirkan entry ini untuk menyebarkan berita kematian. hari ni kita sebarkan tentang kematian orang, kita berdoa kepada arwah, nanti sampai turn kita pulak, orang lain sebarkan berita pasal kematian kita dan orang lain akan mendakan kita pulak.

No comments:

Post a Comment